RAHSIA KEHIDUPAN


Kesunyian,kegembiraan,
kesedihan,segalanya..
Membelenggu diriku..
Aku,hanya insan yang
Bergelar manusia,
Yang cinta kepada HAWA..
Adakalanya aku mahu untuk
Mengungkapkan perkataan
CINTA kepada insan yang
Bergelar HAWA..
Aku,
membuat keputusan ke atas
Diriku,sama sekali tidak akan
Pernah mengungkapkan
Perkataan CINTA kepada
insan yang bergelar HAWA..
Aku menjadi malu,aku semakin keliru..
Adakah insan yang bergelar HAWA
Inginkan diriku,insan yang tiada
Kesempurnaan sepenuhnya..
Namun,
Kini semuanya telah berubah,
Semuanya telah terlerai.
Kehadirannya ke dalam hidupku
Mengubah segalanya..
Namun,
Akutidak pernah mengungkapkan
Apa-apa kenyataan dari bibirku..
Segalanya hanya diriku yang tahu..
Kemanisan wajahnya,
Kelantangan suaranya,
Kebaikan budi pekertinya,
Keunikan dan kemerduan
Suaranya ketika mengalunkan
Kalimah-kalimah yang
memuji kebesaran ILLAH
membuatkan hatiku berubah sekelip mata..
Auranya seperti semboyan yang
Melaungkan seruan azan
Dan merobek pintu hatiku..
Kini,
Hanya namanya yang terpaut
Didalam hatiku yang tidak akan
Mengungkapkan perkataan CINTA..
Kini,
Hanya dia seorang insan yang bergelar
HAWA terpaut dhatiku..
Segalanya,
Hanya di dalam lunak sanubariku,
aku tidak mengerti adakah dia
Dapat menerima diriku seadanya
Mahupun sebaliknya..
Sehingga kini,
Semuanya menjadi tanda tanya,
Siapakah sebenarnya insan
Yang bergelar HAWA itu berani merobek
Pintu hatiku dan berpaut di dalamnya...
Semuanya bakal terlerai
Pada suatu hari nanti dan kini.......
yang tinggal hanyalah
Tanda tanya dan noktah yang tiada penghujungnya.....................................................

Tiada ulasan: